Thursday, June 14, 2012

final examination

selesai menyambut birthday feelink dan najwa
our unofficial siblings
sama-sama beranak bulan enam
happy belated birthday feelink and
happy becoming birthday najwa :)

now, penat selepas sidai baju
tengah berfikir seketika
sambil merenung jadual final exam
two weeks left
omaigodd !

this is my first time degree exam
suasana sumpah sangatlah lain
even test pun terasa 'stress' macam final
agaknya masa final nanti
one word
#mati haha :D

enam subjek perlu ditempuh
law
quality management
math *need to focus more
ACCOUNT
kenapa capital letter ? sebab ini lah subjek yang menghantui hidup aku
selama satu semester aku dekat sini
subjek yang mampu membuatkan jantung aku
berdegup kencang
menentukan hidup mati aku *hiperbola
 haha
next, subjek csc and ctu

first paper, ctu and the last one account
last paper 13 Julai 2012
14 Julai birthday my mom
tak sabar nak sambut birthday sama-sama :)
 

nak buat yang terbaik untuk semester pertama
insyaallah dean list
its okay kalau tak dapat 
tapi hope dapat buat yang terbaik
 
usaha, tawakal dan doa
insyaallah. tak mustahil untuk dicapai

untuk diri sendiri
dan kawan-kawan
senior or super senior
junior mayb, kalau ada
wish you all best of luck for this final exam
harap kita semua dapat buat yang terbaik :)

till then, selamat malam....

 


Saturday, June 9, 2012

Kadangkala
Allah sembunyikan matahari
Dia datangkan petir dan kilat
Kita menangis dan tertanya-tanya
Kemana menghilangnya sinar
Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi







: crying deeply inside my heart


Thursday, June 7, 2012

im back guys !

assalamualaikum.
last updated,  february 2012
now, 8th june 2012.
hampir 4 bulan meninggalkan blog.

new story.
new life.
new environment.
new friends.

currently
in Uitm Shah Alam
berjaya menempatkan diri di sini
setelah berhempas pulas selama setahun setengah di Uitm Kuantan, Pahang

hampir dua tahun meninggalkan zaman asasi
rindu
seriously
walaupun Uitm Kuantan tu taklah sebesar dan se'gah'
dekat Shah Alam ni
tapi sangat sangat selesa berada di sana

now, june 2012 already
fyi, akhir bulan ni aku bakal menduduki final exam
dah hampir satu semester di uitm shah alam
dah melangkah ke alam yang baru
alam 2o tahun
harap perangai pemikiran seperti berumur 2o tahun
insyaallah

sepatutnya sekarang ni sedang tidur
menanti hari esok
tapi aku masih rancak menaip
macam esok takde kelas je kan
haha

tunggu entri seterusnya =)

Wednesday, February 22, 2012

hello my love letter.

last posted on
''14th December 2011''
im sorry.

kini, saya kembali.
bersama satu tekad dan azam yang baru.
insyaallah.
untuk menggapai satu impian.

just left one week only.
sebelum melangkah ke satu dimensi yang baru.
dimensi yang merupakan asas untuk masa depan 
yang semakin hampir.
 alhamdulillah syukur ya allah.

setelah lima bulan mengabdikan diri di rumah.
tiba masanya untuk melangkah meninggalkan kuala lumpur tercinta
melangkah ke shah alam 
*macam jauh sangat kan
lima bulan
tanpa buku pen pensel pemadam
tangan pun dah keras untuk menulis
otak pun dah berkarat
kene polish balik sebelum masuk kelas nanti.

borang-borang pun dah settle.
medical check up.
alhamdulillah.
dah mula start packing barang.
maybe tak banyak bawak beg.
alah, dekat je pun.
shah alam-kuala lumpur.
apa ade hal?
haha :)

ayah pun selalu berpesan.
dekat shah alam tu banyak dugaan.
kena ingat tujuan datang shah alam untuk apa.
belajar atau untuk bersuka-suka.
jangan terlalu leka.
jangan terlalu gembira.
kelak merana.
cewah ayat !
tapi itu lah kebenaran.
insyaallah akan ingat pesanan itu.

nak mencapai satu matlamat.
perlukan usaha dan tekad.
kerana kejayaan tidak akan datang bergolek.
kita yang kena kejar kejayaan itu.
usaha dan tawakal tu penting.
insyaallah akan ingat.
sampai bila-bila.

till we meet again.
jumpa di shah alam sana !


Wednesday, December 14, 2011

my girlfriends.

selasa.
 13 Disember 2011.
 girlfriends hang out day >>>
 one word.
 awesome.

 fatin anis and fazreen.
 friends since we were in primary school.
 sepatutnya ada seorang lagi.
 abel.
 now in ipoh perak.
 doing her medic. 

 anis, fatin and me.

back to my story.
 lrt taman sri rampai --> wangsa walk.
 first thing to do, bank islam.
atas urusan yuran pengajian yang perlu dijelaskan oleh fatin.
 next, makan. lapar.
 thanx to anis sebab sudi belanja kami ^_^
 puss in boots !
 tak bawak student card pulak. ceit !
 so, aku tak dapat harga student.
 next time jangan lupa ok ?


 the hero.
 one word from this movie.
 awesome !
 haha.

 next destination, tutti fruiti.
 dah lama menantikan saat ini.
 vanilla death chocolate and strawberry
 mixed with hersheys chocolate.
 sedap sangat !
 haha.
 total : RM 7.65.
 10% for LADIES on EVERY TUESDAY.
 great !

that's me with tutti fruiti tissue.
 pun boleh. haha.

great moments with my girlfriends.
 insyaallah
 persahabatan yang terjalin tidak akan putus.
 kekal bersahabat sampai bila-bila.
 insyaallah dengan izinNya.

 with anis abdul rahman.

and fatin zulkifli.
  

hanya itu sahaja untuk paparan pada kali ini.
 see you soon !
   
 

Sunday, December 11, 2011

hormati pada yang tua..

hello people !
lama dah tak jumpa.
alhamdulillah, masih lagi bernafas di bumi Allah ini.
untuk meneruskan hidup mengejar satu impian.
''hormati pada yang tua'' 
 a normal thing yang selalu dinasihati oleh guru-guru selalunya
bukan susah pun nak hormat orang lain 
easy and free ! 
dapat pahala lagi. 

so, let me start my story.....

selepas aku menganggur sebulan di rumah, selepas tamatnya perkhidmatan
 aku di watson's klcc,
aku berniat untuk memulakan kerja semula
jusco au2 setiawangsa as part time promoter
bonia men's shoes department
 ok lah tu
aku start kerja pada tanggal 1 disember 2011
hari ni genap 12 hari aku bekerja.
alhamdulillah
 nak kata penat, memang tak penat langsung
orang lelaki bukan macam perempuan
mereka tak cerewet dan
bukannya selalu shopping kasut
haha
 senang nak deal dengan kaum adam ni
 tak banyak kerenah
 mereka memahami kami seadanya
 kalau lambat ambil kasut tu, mereka faham
 sebab kasut tu dekat dalam stor
 kadang kadang kena panjat tangga
 tak macam customer perempuan
 lambat sikit, dah membebel
 banyak sangat karenahnya
 sampai naik fed up nak layan
 tapi apakan daya
 customer always right !

so, berbalik kepada tajuk kita yang asal
 *panjang sangat iklan tadi
 budak budak dah habis spm
 ramailah yang sibuk bertanya kerja kosong dekat jusco tu
 sampaikan mereka fikir aku pun seangkatan dengan mereka
 eh hello ! im 19teen ok.
 dekat department aku, mostly part time promoter adalah spm leavers
 boleh saje nak 'ngam' dengan mereka ni
 tapi aku tidak berkenan sangat dengan perangai sorang mamat ni
 bagi aku, aku respect kau, kau pun mesti respct aku
 thats it ! tak susah mana pun
 bukanlah sampai kena tunduk hormat dekat aku
 tapi mamat sorang ni memang menguji kesabaran aku
 dah 12 hari, perangai makin lama makin s***
 huh !
 tapi aku jenis yang malas nak carik pasal
 aku biarkan saja
 maybe mamat tu tengok aku jenis macam tu, die mula nak pijak kepala
 sorie sikit ! aku tak kan terpedaya dengan kau
 aku tengah tunggu masa untuk 'bom' kan dia
 biar die sedar siapa diri dia

 dari observation aku, 
 budak budak zaman sekarang dah lain
 tak macam zaman aku lepas spm dulu mencari kerja
 mereka tahu kerja untuk mencari duit
 tapi bila kau dah malas nak buat kerja, even simple things pun
duit yang kau dapat tidak berbaloi dengan usaha kau
 tapi mereka ni, datang kerja untuk melepak
 macam mereka bos pulak
 aku pulak naik menyampah tengok
 and mereka jenis yang tak respect olders
 mereka layan kami macam kawan kawan pulak
   
 ada masanya kita boleh bergurau, tapi jangan terlalu sangat
 sampai orang lain melabelkan kamu biadap
 tidak salah untuk bergelak ketawa
 tapi perlu berhati hati dalam percakapan
 terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya

 moral of the story ; hormatilah pada yang tua
 
 








Wednesday, November 23, 2011

updated blog >>>

assalamualaikum
seriously, lama dah tak update blog ni.
dah bersarang smut tikus dah semua ni.
maklumlah, orang sibuk
a lot of things need to be settle down
berkejar ke sana, berlari ke sini.
penat sangat.
dan akhirnya.
setelah sebulan mengabdikan diri di watson's
as a sale coordinater
aku ambil keputusan untuk melangkah keluar dari situ
atas sebab sebab yang tidak perlu dihebahkan
walau ape pun
bersyukur sangat sebab
pelbagai pengalaman yang diperolehi
dan bersemanngat untuk meneruskan hidup.

tiada apa apa cerita yang menarik
hanya menghitung hari
untuk melihat
apekah dugaan yang perlu ditempuhi
dan masa depan yang belum pasti
pastinya berdebar-debar untuk mengetahui
insyaallah.
hanya masa menjadi penentu segala persoalan
yang bermain di hati.

pray for me ~